Suatu hari ayah Naim dipanggil guru besar sekolah kerana Naim didapati selalu meniru di dalam ujian. setiap kali ujian, Naim didakwa selalu duduk disebelah Azim.
ayah : saya tak percaya anak saya menru setiap kali ujian!
cikgu : betul encik.kami bukan tuduh begitu sahaja.
ayah : ape buktinya?
cikgu : nah, ini buktinya kalo encik tak percaya tengoklah sendiri.
ayah Naim melihat kertas jawapan Naim dan Azim.
soalan pertama : Siapakah bapa kemerdekaan Malaysia?
Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra.
ayah: memanglah jawapan mereka sama. macam mana cikgu kata anak saya meniru?
cikgu: sabar encik.cuba encik lihat soalan kedua.
ayah Naim melihat soalan kedua: Pada tahun berapakah negara kita mencapai kemerdekaan?
sekali lagi Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama : 31 ogos 1957.
Ayah Naim sekali lagi marah, tetapi ditenteramkan untuk terus membaca
Soalan ketiga : Siapakah yang duduk disebelah Tunku Abdul Rahman di stadium merdeka?
Azim menulis : maaf, saya tak tahu
Naim menulis : kalau kau tak tahu aku lagi tak tahu!!